Saturday, November 8, 2014

Trip Kumpulan Inovasi MBI 2014

Alhamdulillah diberikan rezeki oleh Allah SWT utk jejakkn kaki ke kota jakarta...rasa hepi sgt2 dan dpt aku lupekan sekejp masalah yang dihadapi...

Monday, October 27, 2014

sebulan pemergian ayahanda tercinta

Hari ini genap sudah pemergian ayahanda tercinta 30 hari..rindunya hanya Allah yg tahu..sunyinya hidup...

Hidupku xmungkin akan kembali seperti dahulu..tahun ni aku menghadapi kehilangan sebyk 2 kali.. Kehilangan abadi dn kehilangan hidup..

Saturday, October 25, 2014

Awal Muharam 1436H

Assalammualaikum...
Permulaan tahun baru 1436H bermakna buku lama telah ditutup dn buku baru kini telah dibuka...
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan lebih memberikan keberkatan, kebahagian dan kegembiraan buat diriku... Amin

Monday, October 13, 2014

Rindu yang tak tertanggung

Al-fatihah untuk arwah ayah yg tercinta...
kadang2 hati xkuat utk menerima kehilangan insan tersayang tetapi apakan daya ajal maut di tangan Tuhan...
redha dan tabah mngharungi perjalanan yg masih lg pjng..semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskn hidup ini...

Terlalu byk dosa yang kulakukan ketika hayatmu masih ada...terasa aku xlayak untuk mndptkn kemaafanmu..maafkanlah semua kesalahan yg pernah kulakukN sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..belum puas aku nk berbakti dan mmbahagiaknmu..

Ayah..i miss u so much.. hanya Allah yang tahu betapa ku menyayangimu..tak tertanggung rasa rindu ini terhadapmu..dan tak mampu terungkap dgn kata2
..

Saturday, September 27, 2014

Ayahanda tercinta kembali ke rahmatullah..al-fatihah

Assalammualaikum....
Satu lagi sejarah tercatat di dalam kamus kehidupan ku apabila ayah tersayang kembali menyahut panggilan Ilahi tepat jam 8.24 malam, 27 September 2014. Ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada usia 70 tahun, 21 hari sebelum genap usiaku 32 tahun. aku menjadi anak yatim. patut ler pandangannya sayu ketika aku menjaganya di hospital, termenung jauh dan fikirannya seolah2 telah terbang jauh dari mindanya. 

Saturday, September 6, 2014

My new nephew

Alhamdulillah tercipta satu lagi sejarah dlm keluargaku..hari ini aku dpt lg seorg ank buah lelaki..syukur xterhingga diucpkn kepada yang maha esa diatas kurniaanmu..amin

Monday, September 1, 2014

Setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya

Hari ini satu berita yng mngecewakan aku terima..si 'dia' telah berkawen..aku mndoakn semoga dia sntiasa gmbira dn berbahagia selalu walau dimana jua dia berada dn bersama dgn siapa pilihAnnya...aku telah lama menerima takdir Ilahi bahawa jodoh aku bersama dgnnya tiada.Allah menguji aku supaya aku lebih tabah dlm mngharungi ujian dn dugaan yg dia berikan..Allah telah mngaturkn hidup aku begini dn dia akan gantikan aku dgn yang lebih baik darinya..setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin

Sempena syawal yg mulia ini sy memohon jutaan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa dn menyinggung perasaan kepada saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dn juga kpd sesiapa yg mengenali diri ini..salam aidilfitri

Monday, June 2, 2014

Bantulah aku untuk bangkit semula Ya Allah..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku terlalu rindukannya walaupun ku tahu xbaik utk aku rindukannya seteruk ini dr merindui Tuhanku yang satu..aku rasa berdosanya Ya Allah..Mengapa kami dpertemukan sesingkt ini..dan aku perlu menanggung kesakitan yang amat skali..hati aku terlalu rApuh ya Allah..aku cube untuk menerima hakikat tp aku xcukup kuat untk melaluinya..

Thursday, May 29, 2014

Selamat Hari Lahir Abdul Halim b. Kok Iman

As salam
Hari ini merupkan genap 30 tahun usia satu-satunya adik lelakiku (Abdul Halim) tapi sayangnya Allah lebih menyayanginya...Beliau kembali ke Rahmatullah pada usia 22 tahun (17 Februari 2007). Aku terlalu merinduinya...Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh..Al-Fatihah

Sunday, May 25, 2014

Cintamu Bukan Untukku

Ada yang yang berbeda dari dirimu
Tatapmu tak sehangat dulu
Kau makin menjauh tanpa ku sadari
Bahwa akulah yang harus mengerti

Ku lakukan semua untukmu
Tak perlu kau tanya perih dalam hatiku
Dan bila kau memilih tuk pergi
Takkan ku sesali
Cintamu bukan untukku

Mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa dalamnya perasaan ini
Lebih dari yang terlihat
Bahkan lebih dari yang mungkin kau rasakan

Ku lakukan semua untukmu
Tak perlu kau tanya perih dalam hatiku
Dan bila kau memilih tuk pergi
Takkan ku sesali
Cintamu bukan untukku

Sekali dalam hidupku
Aku mencintai
Denganmu aku terluka

Ku lakukan semua untukmu
Tak perlu kau tanya perih dalam hatiku
Dan bila kau memilih tuk pergi
Takkan ku sesali
Cintamu bukan untukku

Dan bila kau memilih tuk pergi
Takkan ku sesali
Takkan ku sesali
Cintamu bukan untukku
Cintamu bukan untukku

Thursday, May 15, 2014

Hidup ini pilihan...

as salam...

lamanya tak menulis something di blog...
Hidup ini pilihan..kadang-kadang kita yang silap untuk memilih..

Thursday, April 24, 2014

Semua da selesai

Alhamdulillah srmua urusan yng berkaitan dgm laporan inovasi selesai sudah

Wednesday, April 23, 2014

Ujian hidup buatku insan yang lemah ini

Ujian yg terlalu berat kurasakan saat ini dan aku keseorangan menanggungnya..tiada teman untuk kukongsikan apa yg kurasakan saat ini..hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kurasakn saat ini..dulu 'dia' hadir dan aku boleh berkongsi apa yg aku rasakn tp kini 'dia' telah pergi dari sisiku..kerana percaya cerita rekaan itu dia pergi dari sisiku tanpa meminta penjelasan dariku dan kini aku keseorangan menanggung rasa sakit itu..
Ibu pula masuk hspital sejak hari jumaat (18.04.14) dan tak tau bila bley kuar.. Aku amat2 memerlukn seseorang utk mmberikanku kekuatan utk aku terus tabah dalm mengharungi cabaran dan dugaan tetapi apakan daya Allah lebih mengetahui apa yang dia telah aturkan utkku.. Kerja tengah byk dan aku xbley cuti lama tgk ibu..huhuhu..ayah pon xberapa siht.. Da xbley berjln sgt.. Kansernya telah mmyebabkn dia cept rasa letih bila terlalu byk bjln..saat dan ketika ini hatiku terlalu letih dan penat..aku cube utk terus tabah tp aku hnya manusia biasa yg terlalu byk kelemahan dn kekurangan.

SEMOGA AKU DIBERIKAN KESABARAN & KEKUATAN DLM MENGHARUNGI CABARAN SERTA DUGAAN YG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU..SEMOGA AKU SELALU MENSYUKURI NIKMAT YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU.. Amin

Wednesday, March 12, 2014

Doa dan Tawakal

Hari ni dapat email dari 'sidia'....
mengapa 'sidia' tetap lagi mengambil berat akan diri ini sedangkan 'dia' telah memberikan jawapannya..hati aku terluka setiap kali 'dia' bertanya khabar tentang diri ini..tidakkah 'dia' mengetahui bahawa hati aku akan lebih terluka lagi setiap kali 'dia' berbuat begitu..aku betul-betul buntu..aku tak nak berharap lagi pada benda yang belum pasti..akhirnya aku yang terluka..

Dia tidak datangkan ujian dan cabaran kepada umatnya melainkan umatnya itu mampu untuk menghadapi dan menanggungnya..sentiasa bersyukur dan bersangka baiklah pada yang maha pencipta kerana Dia lebih tahu..


Saturday, March 1, 2014

Cinta Yang Halal

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus kutempuh..aku takut aku xmampu lagi untuk bertahan dan menanggungnya . Sesungguhnya aku hanya insan yang tersangat lemah .Insan yang memerlukan bimbingan dan haluan darimu Ya Allah..Aku memohon dberikan peluang untuk merasai pengalaman inI..Sesungguhnya hanya padamu ku bermohon...Amin

Tuesday, February 25, 2014

Dia Yang Kau Pilih

Sesungguhnya mengenalimu adalah satu anugerah yang terindah yang pernah terjadi dalam hidupku tapi sayangnya bunga-bunga keindahan itu hanya untuk seketika..terlalu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa kutempuhi sepanjang mengenalimu... Sayangnya aku bukan pilihanmu..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan ketabahan di dalam menempuh ujian dan cabaran yang telah engkau berikan kepadaku...AMin

Friday, February 21, 2014

Bersabarlah tatkala diri diuji..

Jawapan yang telah ku dapat terhadap persoalan yang diberikan...
apa yang perlu aku lakukan untuk mencari kebahagian?? terlalu banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui..tidak terputus-putus dugaan yang aku hadapi..namun aku tahu bahawa Allah mencintai dan menyayangiku..sebab itu dia berikan aku ujian yang maha hebatnya..dia hendak melihat sejauh mana aku bersyukur dan redha dalam setiap ujian yang diberikan..namun aku hanya insan yang lemah..yang akan jatuh tersungkur tatkala disapa dengan ujian..namun aku masih mencuba dan terus mencuba untuk bangkit semula..

Tatkala diri diuji dengan ujian, aku sering tertanya-tanya mengapa allah menduga aku sebegini..tapi aku tahu dia mengujiku untuk melihat sejauh mana imanku bersama dengannya..Sesungguhnya apa yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..percayalah Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik, indah dan manis untuk orang yang banyak bersabar dan redha..

Bersabarlah menerima ujian yang telah diberikan oleh Allah SWT..

Monday, February 17, 2014

Genap 7 tahun pemergian adik tercinta

As salam...

Hari ini genap sudah 7 tahun pemergian adik lelakiku..satu-satunya adik lelaki yang aku miliki.. Pemergiannya ke persinggahan yang abadi amat dirasai oleh keluargaku...aku merasa amat kehilangan..kehilangan yang abadi..aku hanya mampu memandang jasadnya yang kaku..wpun sudah 7 tahun pemergiannya namun aku merasakan baru semalam dia meninggalkanku..aku amat merinduinya..al-fatihah..seandainya masa boleh diputarkan kembali aku rela menjadi penggantinya..



Wednesday, February 12, 2014

Keputusan perlu dibuat

As salam

Pe nak tulis yer..huhu..aku rasa cam xberapa hepi dengan my life..aku xtau la..keputusan apa yang perlu diambil tapi keputusan mesti dibuat segera...Ya Allah tolongla hambamu yang lemah ini membuat keputusan yang terbaik di dalam kehidupanku...Amin

Thursday, January 30, 2014

Lepaskan ia pergi

  
Lepaskan ia pergi seandainya 'dia' bukan milik kita..percayalah sesungguhnya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik..ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan bukan apa kita hendak..Perancangan ALLAH itulah sebaik-baik perancang kerana ia merancang dengan kasih sayang..Bersangka baiklah terhadap ALLAH..Sesungguhnya ganjaran yang akan diterima melebihi segala-galanya...Amin

Monday, January 20, 2014

Selamat Hari Lahir AH


Selamat Hari Lahir..
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu dan semoga sentiasa berada dalam lindungannya...this is the first and last time saya dapat ucapkan untuk si 'Dia'. Rasa sedih dan terkilan sebab tak dapat berada di sisinya tapi apakan daya perancangan Allah melebihi segala-galanya..Semoga aku dipertemukan dengan insan yang lebih baik darinya...amin