Tuesday, February 25, 2014

Dia Yang Kau Pilih

Sesungguhnya mengenalimu adalah satu anugerah yang terindah yang pernah terjadi dalam hidupku tapi sayangnya bunga-bunga keindahan itu hanya untuk seketika..terlalu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa kutempuhi sepanjang mengenalimu... Sayangnya aku bukan pilihanmu..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan ketabahan di dalam menempuh ujian dan cabaran yang telah engkau berikan kepadaku...AMin

Friday, February 21, 2014

Bersabarlah tatkala diri diuji..

Jawapan yang telah ku dapat terhadap persoalan yang diberikan...
apa yang perlu aku lakukan untuk mencari kebahagian?? terlalu banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui..tidak terputus-putus dugaan yang aku hadapi..namun aku tahu bahawa Allah mencintai dan menyayangiku..sebab itu dia berikan aku ujian yang maha hebatnya..dia hendak melihat sejauh mana aku bersyukur dan redha dalam setiap ujian yang diberikan..namun aku hanya insan yang lemah..yang akan jatuh tersungkur tatkala disapa dengan ujian..namun aku masih mencuba dan terus mencuba untuk bangkit semula..

Tatkala diri diuji dengan ujian, aku sering tertanya-tanya mengapa allah menduga aku sebegini..tapi aku tahu dia mengujiku untuk melihat sejauh mana imanku bersama dengannya..Sesungguhnya apa yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..percayalah Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik, indah dan manis untuk orang yang banyak bersabar dan redha..

Bersabarlah menerima ujian yang telah diberikan oleh Allah SWT..

Monday, February 17, 2014

Genap 7 tahun pemergian adik tercinta

As salam...

Hari ini genap sudah 7 tahun pemergian adik lelakiku..satu-satunya adik lelaki yang aku miliki.. Pemergiannya ke persinggahan yang abadi amat dirasai oleh keluargaku...aku merasa amat kehilangan..kehilangan yang abadi..aku hanya mampu memandang jasadnya yang kaku..wpun sudah 7 tahun pemergiannya namun aku merasakan baru semalam dia meninggalkanku..aku amat merinduinya..al-fatihah..seandainya masa boleh diputarkan kembali aku rela menjadi penggantinya..



Wednesday, February 12, 2014

Keputusan perlu dibuat

As salam

Pe nak tulis yer..huhu..aku rasa cam xberapa hepi dengan my life..aku xtau la..keputusan apa yang perlu diambil tapi keputusan mesti dibuat segera...Ya Allah tolongla hambamu yang lemah ini membuat keputusan yang terbaik di dalam kehidupanku...Amin